集まれミツバチさんブログパーツ


Friday, 2 October 2015

Asiah, Isteri Firaun yang Kuat Imannya

Posted by Unknown at 07:45
Iman menjadi sebab manusia terhindar dari siks api neraka.  Oleh itu, orang-orang mukmin mestilah sentiasa berusaha dalam memegang tuguh agama mereka, bahkan dengan mengorbankan jiwa dan raga.

Sejarah islam mencatatkan bahawa wanita-wanita teladan ini lebih memilih kematian daripada menjadi kafir, hidup gelumang dengan harta, dan kekuasaan.  Contohnya adalah Asiah, isteri Firaun.  Allah s.w.t menyatakan:
Dan Allah mengemukakan satu perbandingan kepada orang Mukmin, iaitu isteri Firaun.  Ketika dia berkata, “Wahai Tuhanku! Binalah utnuk aku di sisi-Mu sebuah rumah dalam syurga, dan selamatkanlah aku dariapada Firaun dan perbuatannya, serta selamatkanlah aku daripada kaum yang zali (Surah At-Tahrim, ayat 11)

Lihatlah isteri Firaun, badai kekafiran tidak sedikit pun menggoyahkan keimanan beliau.  Semasa bebas dari istana kufur Firaun beliau memohon kepada Allah s.w.t. supaya dapat mendirikan rumah untuknya di syurga.  Beliau melepaskan diri daripada hubungannya dengan Firaun dan perbuatan-perbuatan terkutuk Firaun kerana takut, beserta keimanannya yang tinggi kepada Allah s.w.t.

Asiah adalah wanita yang paling dekat dengan Firaun, namun terselamat dari pengikut-pengikut Firaun.  Munajat dan sikap Asiah adalah teladan terindah kehidupan.  Menjadi isteri Firaun merupakan, salahseorang raja yang paling berkuasa pada masa itu adalah impian orang ramai.  Kedudukan sebagai ratu dalam sebuah istana yang megah adalah kenikmatan yang selalu didamba dan diimpikan oleh kebanyakkan wanita.

Namun, Asiah lebih memilih keamanan kepada Allah s.w.t.  Kemegahan istana Firaun dan kenikmatan menjadi ratu itu tidak menjadikan dirinya berpaling.  Sebaliknya beliau menganggap semua itu sebagai ujian dan musibah yang membuatkan dirinya perlu diminta perlindungan daripada Allah s.w.t.

Asiah adalah satu-satunya wanita yang berada di puncak sebuah kerajaan besar dan berkuasa.  Wanita biasana lebih mudah terpengaruh dan terancam oleh norma-norma masyarakat sekelilingnya.  Namun, keadaan ini berbeza dengan Asiah, beliau lebih memilih arah sendirian, ia di tengah-tengah tekanan masyarakat, kekuasaan raja, dan kehidupan sosial.  Beliau menadah ke langit mengusung keimanannya.

Asiah adalah teladan dalam mencapai tahap berserah diri kepada Allah s.w.t di tengah-tengah pengaruh dan tekanan segala penjuru kehidupan.  Oleh itu, beliau patut disebutkan dalam al-Quran, yang selalu dibaca dan didengari di segenap penjuru dunia, dan para malaikat di langit akan selalu membacanya dalam munajat-munajat.  Hal ini sebagaimana yang disusun oleh Sayyid Qutub dalam Tafsir Fi Zilal Al-Quran.

Abu Musa merekodkan bahawa Rasulullah s.a.w menyatakan: “Ramai lelaki yang sempurna, dan tidak para wanita, kecuali Maryam binti Imran dan Asiah, isteri Firaun, dan keutamaan Aisyah dibandingkan dengan wanita-wanita lain seperti keutamaan bubur roti atas makanan-makanan lain.”(Hadith direkodkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)


Anas r.a merekodkan bahawa Rasulullah menyatakan: “Sudah cukup untuk kamu wanita-wanita di dunia sebagai teladan, iaitu Maryam binti Imran, Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad, dan Asiah, isteri Firaun daripada seluruh wanita di dunia.” (Hadith direkodkan oleh At-Tirmizi)

0 comments:

Post a Comment

 

La Tahzan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea