Aisyah terkenal sebagai wanita yang berani dan teguh pendiriannya. Beliau berani berjalan ke Baqi' pada malam yang gelap gelita. Beliau juga turut serta dalam beberapa peperangan. Semasa perang Uhud, pasukan Muslim kacau-bilau. Aisyah bersama-sama kaum wanita yang lain bersama-sama membantu memberi minum kepada tentera islam yang memerlukan. Hadis ini dicatatkan oleh Bukhari.
Dalam perang Khandaq, Nabi Muhammad mengarahkan supaya kaum wanita dan kanak-kanak diberi perlindungan khas. Walau bagaimanapun, Aisyah keluar dari tempat perlindungan itu. Beliau berkata, "Semasa perang Khandaq saya keluar menjejaki langkah orang yang berjalan di hadapan saya. Tiba-tiba saya terdengar tapak kaki berjalan di belakang saya." Hadis ini dicatatkan oeh Ahmad.
Iman Bukhari ada mencatatkan, "Aisyah pernah meminta izin Nabi Muhammad bagi berjihad bersama-sama kaum lelaki. Beliau menerangkan kepadanya yang jihad wanita adalah dengan melakukan ibadah haji."
Malah, keberanian Aisyah teruji dalam Perang Jamal ang dipimpinnya. Beliau berjaya mendapat sokongan padu daripada orang ramai apabila beliau mengumumkan mahu melakukan reformasi masyarakat.
Sungguh sukar untuk mencari wanita yang menjejaki ciri-ciri Saidatina Aisyah. Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang, mungkin seorang dalam berjuta-juta.
Sunday, 20 September 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment