Saturday, 3 October 2015
Secebis ucapan.......
Assalamualaikum.. Ahlan wasahlan yaaa para-para pembaca sekaliannnnnn... kepada para pembaca yang sedang membaca entri saya ni boleh laa kalau-kalau nak rujuk atau baca kisah-kisah yang dapat beri kita pengajaran dan dapat menjadikan contoh kepada kita. saya harap entri saya ni dapat sedikit sebanyak dapat membantu saudara saudari sekalian..
Friday, 2 October 2015
Piramid Makanan
Piramid
merupakan panduan bagi memilih makanan secara sihat yang dibahagikan kepada
empat kumpulan berasaskan kepada kandungan zat dan fungsinya.
Terdapat 4
aras makanan dalam piramid makanan. Setiap aras terdapat fungsi yang
berbeza-beza.
Aras 1- perlu
diambil paling banyak kerana menyumbang kepada tenaga utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin,
mineral, serat dan sedikit protein dalam setiap hidangan. Makanan dari kumpulan ini terdiri daripada
bijirin, hail bijirin, dan ubi-ubian seperti nasi, bubur, mi, roti, pasta,
keledek, kentang dan capati.
Aras 2- kaya
dengan vitamin, mineral dan serat.
Contohnya ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.
Aras 3-
makanan pada aras ini kaya dengan protein vitain B, zat besi, zink dan
magnesium. Contohnya ialah ayam, daging,
ikan, tenusu, hasil tenusu.
Aras 4-
makanan pada aras ini ialah lemak, minyak, garam, dan gula. Makanan pada aras ini perlu diambil dalam
kuantiti yang sedikit sahaja.
Kesan Asap Rokok kepada Perokok dan Orang di Sekeliling
Asap rokok
yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan
memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan
kerosakan tisu di sepanjang perjalanan ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di
mulut, kerongkong, paru-paru dan barah.
Asap akan melalui saluran pernafasan ke paru-paru dan merosakkan saluran
bronkus, menyebabkan bronkitis penyakit di bahagian paru-paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam
paru-paru dan menyebabkan penyakit emfisima.
Asap rokok
yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh
menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esophagus, perut dan pankreas. Racun dalam asap rokok yang larut air akan
memasuki sitem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. dalam jangka masa panjang, iakan akan memberi
kesan seperti simpton kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu
hati, kekejangan otot kaki dan sebagainya.
Racun rokok
akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan oleh badan melalui air
kencing. Dalam proses ini pula, berlaku
satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok ang turut merosakkan buah
pinggang. Racun dalam air kencing
menyebabkan kerosakan pundi kencing.
Secara umumnya rokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim
pada hati adakalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.
Asiah, Isteri Firaun yang Kuat Imannya
Iman menjadi
sebab manusia terhindar dari siks api neraka.
Oleh itu, orang-orang mukmin mestilah sentiasa berusaha dalam memegang
tuguh agama mereka, bahkan dengan mengorbankan jiwa dan raga.
Sejarah islam
mencatatkan bahawa wanita-wanita teladan ini lebih memilih kematian daripada
menjadi kafir, hidup gelumang dengan harta, dan kekuasaan. Contohnya adalah Asiah, isteri Firaun. Allah s.w.t menyatakan:
Dan Allah
mengemukakan satu perbandingan kepada orang Mukmin, iaitu isteri Firaun. Ketika dia berkata, “Wahai Tuhanku! Binalah
utnuk aku di sisi-Mu sebuah rumah dalam syurga, dan selamatkanlah aku dariapada
Firaun dan perbuatannya, serta selamatkanlah aku daripada kaum yang zali (Surah
At-Tahrim, ayat 11)
Lihatlah
isteri Firaun, badai kekafiran tidak sedikit pun menggoyahkan keimanan
beliau. Semasa bebas dari istana kufur
Firaun beliau memohon kepada Allah s.w.t. supaya dapat mendirikan rumah
untuknya di syurga. Beliau melepaskan
diri daripada hubungannya dengan Firaun dan perbuatan-perbuatan terkutuk Firaun
kerana takut, beserta keimanannya yang tinggi kepada Allah s.w.t.
Asiah adalah
wanita yang paling dekat dengan Firaun, namun terselamat dari pengikut-pengikut
Firaun. Munajat dan sikap Asiah adalah
teladan terindah kehidupan. Menjadi
isteri Firaun merupakan, salahseorang raja yang paling berkuasa pada masa itu
adalah impian orang ramai. Kedudukan
sebagai ratu dalam sebuah istana yang megah adalah kenikmatan yang selalu
didamba dan diimpikan oleh kebanyakkan wanita.
Namun, Asiah
lebih memilih keamanan kepada Allah s.w.t.
Kemegahan istana Firaun dan kenikmatan menjadi ratu itu tidak menjadikan
dirinya berpaling. Sebaliknya beliau
menganggap semua itu sebagai ujian dan musibah yang membuatkan dirinya perlu
diminta perlindungan daripada Allah s.w.t.
Asiah adalah
satu-satunya wanita yang berada di puncak sebuah kerajaan besar dan
berkuasa. Wanita biasana lebih mudah
terpengaruh dan terancam oleh norma-norma masyarakat sekelilingnya. Namun, keadaan ini berbeza dengan Asiah,
beliau lebih memilih arah sendirian, ia di tengah-tengah tekanan masyarakat,
kekuasaan raja, dan kehidupan sosial.
Beliau menadah ke langit mengusung keimanannya.
Asiah adalah
teladan dalam mencapai tahap berserah diri kepada Allah s.w.t di tengah-tengah
pengaruh dan tekanan segala penjuru kehidupan.
Oleh itu, beliau patut disebutkan dalam al-Quran, yang selalu dibaca dan
didengari di segenap penjuru dunia, dan para malaikat di langit akan selalu membacanya
dalam munajat-munajat. Hal ini
sebagaimana yang disusun oleh Sayyid Qutub dalam Tafsir Fi Zilal Al-Quran.
Abu Musa
merekodkan bahawa Rasulullah s.a.w menyatakan: “Ramai lelaki yang sempurna, dan
tidak para wanita, kecuali Maryam binti Imran dan Asiah, isteri Firaun, dan
keutamaan Aisyah dibandingkan dengan wanita-wanita lain seperti keutamaan bubur
roti atas makanan-makanan lain.”(Hadith direkodkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)
Anas r.a
merekodkan bahawa Rasulullah menyatakan: “Sudah cukup untuk kamu wanita-wanita
di dunia sebagai teladan, iaitu Maryam binti Imran, Khadijah binti Khuwailid,
Fatimah binti Muhammad, dan Asiah, isteri Firaun daripada seluruh wanita di
dunia.” (Hadith direkodkan oleh At-Tirmizi)
Subscribe to:
Posts (Atom)