Aisyah terkenal sebagai wanita yang berani dan teguh pendiriannya. Beliau berani berjalan ke Baqi' pada malam yang gelap gelita. Beliau juga turut serta dalam beberapa peperangan. Semasa perang Uhud, pasukan Muslim kacau-bilau. Aisyah bersama-sama kaum wanita yang lain bersama-sama membantu memberi minum kepada tentera islam yang memerlukan. Hadis ini dicatatkan oleh Bukhari.
Dalam perang Khandaq, Nabi Muhammad mengarahkan supaya kaum wanita dan kanak-kanak diberi perlindungan khas. Walau bagaimanapun, Aisyah keluar dari tempat perlindungan itu. Beliau berkata, "Semasa perang Khandaq saya keluar menjejaki langkah orang yang berjalan di hadapan saya. Tiba-tiba saya terdengar tapak kaki berjalan di belakang saya." Hadis ini dicatatkan oeh Ahmad.
Iman Bukhari ada mencatatkan, "Aisyah pernah meminta izin Nabi Muhammad bagi berjihad bersama-sama kaum lelaki. Beliau menerangkan kepadanya yang jihad wanita adalah dengan melakukan ibadah haji."
Malah, keberanian Aisyah teruji dalam Perang Jamal ang dipimpinnya. Beliau berjaya mendapat sokongan padu daripada orang ramai apabila beliau mengumumkan mahu melakukan reformasi masyarakat.
Sungguh sukar untuk mencari wanita yang menjejaki ciri-ciri Saidatina Aisyah. Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang, mungkin seorang dalam berjuta-juta.
Sunday, 20 September 2015
Saturday, 19 September 2015
Begitu Indah Akhlak Saidatina Aisyah
Saidatina Aisyah beruntung kerana terpilih menjadi sahabat dan isteri kepada Nabi Muhammad daripada kecil hingga dewasa. Tempoh perkahwinannya dengan Nabi Muhammad dilalui dengan penuh bahagia di samping menerima bimbingan dan tunjuk ajar daripada suaminya. Aisyah mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada seorang guru iaitu nabi yang diutuskan bagi menyempurnakan akhlak manusia. Allah menggambarkan akhlak Nabi Muhammad dalam ayat 4 surah al-Qalam yang bermaksud, "Dan sesungguhnya kamu mempunyai akhlak yang amat mulia."
Berkat didikan serta tunjuk ajar daripada Nabi Muhammad, Aisyah mencapai tahap kesempurnaan akhlak yang tinggi. Kehidupan Aisyah seterusnya menjadi lambang hasil daripada asuhan Nabi Muhammad daripada sudut Rohani yang tinggi, yang mampu dicapai manusia biasa. Tidak menghairankan, Aisyah berada di kedudukan paling hadapan dalam barisan orang yang berakhlak mulia. Beliau mempunyai sifat zuhud dan warak, taat menjalankan perintah agama, suka menderma, murah hati, berkasih sayang sesama manusia. Sifat-sifat terpuji ini tidak dapat dipisahkan daripada peribadi Aisyah.
Kaum wanita dan sifat qanaah adalah dua perkara yang bertentangan dan tidak dapat bersatu dalam diri seseorang itu umpama minyak dengan air. Nabi Muhammad pernah berkata kepada kaum wanita, "Sungguh, dilihatkan kepadaku yang kamu adalah penghuni terbanyak di neraka." Para wanita itu bertanya, "Mengapa begitu, wahai pesuruh Allah?". Beliau menjawab "Kerana kamu sering mengumpat dan mengingkari kebaikan suami." Kisah ini dicatatkan oleh Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah.
Tetapi Aisyah tidak begitu. Peribadinya berbeza dengan kebanyakan wanita pada umumnya. Beliau berjaya menyatu dua sifat yang bertentangan ini dalam jiwanya hingga ke tahap paling sempurna. Aisyah menjalani hidup yang sederhana bersama Nabi Muhammad. Walaupun hidupnya begitu, beliau tidak pernah mengeluh. Semasa perbendaharaan orang Islam dilimpahi harta benda dan kekayaan, beliau tidak langsung meminta supaya nafkahnya ditambah. Beliau sendiri tidak mahu terleka dengan kesenangan yang bersifat sementara itu. Aisyah tetap hidup dalam keadaan zuhud dan qanaah. Beliau menjauhkan diri daripada pakaian ataupun perhiasan yang mewah. Beliau tidak meminta supaya istana didirikan untuknya. Hidup mewah dan makanan lazat tidak pernah menjadi sebahagian daripada hidupnya.
Begitulah indahnya akhlak mulia Saidatina Aisyah yang wajar dipatuhi dan dicontohi. Dengan izin Allah, barulah wanita muslimah dapat dilahirkan seiring dengan kedendak Islam.

Categories
Tokoh islam
Subscribe to:
Posts (Atom)